Suplemen herba punca Gavin digantung

Suplemen herba punca Gavin digantung

Suplemen herba punca Gavin digantung
GAVIN dikenakan hukuman gantung selama tiga bulan. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Pemain golf profesional negara, Gavin Green, dikenakan penggantungan selama tiga bulan selepas didapati melanggar Polisi Anti-Doping Jelajah Eropah.

Jelajah Eropah dalam satu kenyataan mengesahkan Gavin didapati positif bahan terlarang yang terkandung dalam suplemen herba yang diambilnya bagi tujuan rawatan kesihatan, dan produk berkenaan dilaporkan mudah diperoleh di Asia.

Bagaimanapun, penggantungan itu berkuat kuasa secara retrospektif bermula 5 Disember 2025, sekali gus membolehkan Gavin kembali beraksi pada 5 Mac 2026.

Susulan keputusan itu, Gavin turut dibatalkan kedudukan daripada Kejohanan Golf Denmark 2025, iaitu kejohanan di mana ujian kawalan doping berkenaan dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Menurut Jelajah Eropah, Gavin memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dan menerima hukuman yang dikenakan ke atasnya.

“Tiada komen lanjut akan diberikan berhubung perkara ini,” menurut kenyataan ringkas Jelajah Eropah.

Penggantungan singkat itu bagaimanapun dijangka tidak menjejaskan perancangan jangka panjang Gavin, yang sebelum ini muncul antara pemain golf profesional negara paling konsisten di pentas antarabangsa.

Suplemen herba punca Gavin digantung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker