Salah kembali meledak pacu Liverpool ke pusingan 16

Salah kembali meledak pacu Liverpool ke pusingan 16

Salah kembali meledak pacu Liverpool ke pusingan 16
SALAH kembali temui sentuhan jaringan. -FOTO Reuters

Liverpool: Mohamed Salah memecah kebuntuan jaringan ketika Liverpool menewaskan Qarabag 6-0, awal pagi tadi, sekali gus memastikan tempat mereka ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL) dan melegakan tekanan terhadap pengurus Arne Slot.

Skuad Slot menundukkan wakil Azerbaijan itu menerusi dua gol pada separuh masa pertama oleh Alexis Mac Allister dan Florian Wirtz di Anfield.

Salah menjaringkan gol ketiga selepas rehat ketika melakukan penampilan ke-80 dalam Liga Juara-Juara (UCL), menyamai rekod penampilan terbanyak kelab itu.

Ia adalah gol pemain dari Mesir itu buat Liverpool sejak 1 November lalu, menamatkan kebuntuan sepanjang lapan perlawanan.

Sebelum ini, Salah pernah diketepikan sepanjang tempoh tanpa jaringan itu, malah mendakwa dia “dibuang di bawah bas” oleh kelab apabila menggambarkan hubungan dia dengan Slot berada pada tahap suram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Pemain berusia 33 tahun itu menyelesaikan isu berkenaan sebelum berlepas ke Piala Negara-Negara Afrika pada Disember lalu dan Slot berharap gol itu akan memacu kebangkitan prestasi pemain itu.

Hugo Ekitike menambah gol keempat sebelum Mac Allister dan Federico Chiesa menamatkan jaringan untuk kemenangan terbesar Liverpool dalam semua pertandingan sejak 2023, memastikan mereka mara terus ke pusingan 16 terbaik.

Selain mengelak pusingan play-off, kedudukan ketiga Liverpool dalam fasa liga memberi kelebihan buat mereka untuk menjadi tuan rumah pada perlawanan timbal balik pusingan 16.

“Saya sangat gembira. Kami tahu masih boleh memperbaiki kedua-dua bahagian padang, tetapi ia persembahan yang sangat baik.

“Penting untuk memperoleh gol awal supaya penyokong berada di belakang kita. Kami tahu kami boleh lakukan lebih baik,” kata Slot.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Mac Allister pula berkata: “Kami melepasi dua perlawanan play-off, dan itu penting dalam musim yang panjang.

“Kami tahu dalam UCL kami lebih baik berbanding EPL. Kita perlu lihat perkara positif.”

Walaupun tewas besar di Merseyside, Qarabag masih layak ke pusingan play-off selepas menamatkan saingan di tangga ke-22.

Kejayaan Liverpool mara ke pusingan kalah mati penting buat Slot, yang menghadapi soalan getir mengenai kempen sukar pasukannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Slot membalas kritikan terhadap rekod tanpa kemenangan Liverpool dalam lima perlawanan EPL selepas kekalahan 2-3 di Bournemouth, dengan menegaskan musim itu masih berjaya jika mereka memenangi trofi.

Namun penyokong Liverpool semakin tidak sabar dengan Slot, yang kini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu EPL, Arsenal, meskipun memenangi liga musim lalu dan menghabiskan sekitar £450 juta (RM2.53 bilion) bagi pemain baharu.

Salah kembali meledak pacu Liverpool ke pusingan 16

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi




 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker