Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia terus memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi wanita muda menerusi pendekatan progresif dan berteraskan solusi digital, kata Exco Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najib.
Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai berkata ia diteruskan dengan memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi wanita muda melalui pendekatan progresif dan berteraskan solusi digital.
“Puteri UMNO sentiasa komited memperkasa wanita muda kerana mereka merupakan antara tulang belakang utama pergerakan ini. Keutamaan kami adalah memastikan golongan ini mempunyai akses kepada peluang, pembiayaan dan teknologi agar mampu membina masa depan ekonomi yang lebih kukuh
“Melalui Biro Ekonomi Puteri UMNO, MoodaMoney, akan menerajui inisiatif pemerkasaan digital dalam kalangan usahawan wanita muda melalui kerjasama strategik bersama ToyyibPay dan Seedflex, bagi menyediakan penyelesaian digital kepada usahawan mikro dan PKS wanita berusia di bawah 35 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
“Menerusi program PU3 E-Biz, Puteri UMNO akan bertindak sebagai pemudah cara untuk menghubungkan usahawan wanita muda dengan ToyyibPay dan Seedflex, seterusnya memperkasa mereka dengan solusi digital terkini bagi membantu perniagaan berkembang secara mampan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam pada itu Puteri UMNO juga turut mengumumkan kerjasama ini yang melibatkan peruntukan pembiayaan berjumlah RM1 juta bagi menyokong usahawan wanita muda dalam sektor mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Mengulas lanjut, beliau berkata ToyyibPay sebagai platform fintech patuh syariah terkemuka di Malaysia menawarkan sistem pembayaran digital yang mudah, selamat dan telus selain mencatatkan lebih 200,000 peniaga berdaftar dengan transaksi melebihi RM16 bilion sejak 2019.
Selain itu, kerjasama bersama Seedflex turut membuka ruang kepada peniaga ToyyibPay untuk mendapatkan akses pembiayaan digital patuh Syariah berkonsepkan Pay-As-You-Sell Advance, sehingga 10 kali ganda jualan mingguan tanpa faedah dan tanpa caj lewat. – UMNO Online
Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.