PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu

PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu

PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Abdul Rahim Talib menggesa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor agar bermuhasabah, susulan krisis dalaman yang dihadapi mereka.

Beliau berkata, meskipun membawa nama ‘Bersatu’ realiti yang dipamerkan parti tersebut dilihat lebih menjurus kepada perpecahan dalam kalangan orang Melayu, termasuk pertelingkahan sesama pimpinan sendiri.

“Nama sahaja ‘Bersatu’ tetapi realitinya pemecah perpaduan orang Melayu. Kononnya mahu menjadi alternatif dan pilihan lebih baik kepada rakyat,tetapi yang dipamerkan hanyalah pertelingkahan sesama sendiri.

“Jika struktur sudah tidak lagi diyakini oleh pimpinan sendiri, maka tidak perlu lagi berselindung di sebalik alasan politik.

“Sudah tiba masanya PPBM Johor bermuhasabah secara jujur dan terbuka jangan terus menjadi punca perpecahan orang Melayu dan kekeliruan rakyat Johor,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Katanya lagi, tindakan 14 daripada 26 Ketua Bahagian PPBM yang secara terbuka mendesak Pengerusi Negeri Johor berundur membawa isyarat jelas bahawa parti tersebut sedang berdepan krisis keyakinan yang serius.

“Itu bukan suara kecil… tu majoriti, jika lebih separuh pimpinan bahagian sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap Pengerusi negeri, ini bukan lagi soal perbezaan pandangan.Ini soal kegagalan kepimpinan dan hilangnya legitimasi dalaman.

“Bagaimana mahu bercakap soal mentadbir Negeri Johor jika dalam rumah sendiri pun gagal mengurus perpaduan?” soal beliau.

Dalam pada itu Abdul Rahim turut menegaskan, langkah paling bermaruah bagi pimpinan parti itu bukan sekadar berundur, tetapi menamatkan peranan PPBM Johor dan kembali ke UMNO secara terhormat.

Beliau malah mengingatkan bahawa orang Melayu tidak seharusnya dibuai dengan drama-drama politik yang tidak menyumbang kepada kepentingan rakyat.

“Marilah kita kembali membina kekuatan di bawah satu bumbung yang jelas hala tujunya dan stabil kepimpinannya. Presiden UMNO telah menggariskan asas membina Rumah Bangsa,sebuah gagasan yang menekankan penyatuan,kestabilan dan tanggungjawab bersama demi masa depan orang-orang melayu,” ujar beliau. – UMNO Online

 

PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker