Piala Asia Futsal 2026: Malaysia tewas 1-4 kepada Iran
Piala Asia Futsal 2026: Malaysia tewas 1-4 kepada Iran

Kuala Lumpur: Skuad futsal negara memulakan kempen Piala Asia Futsal 2026 dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Iran dalam perlawanan pertama Kumpulan D, hari ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, anak buah Addie Azwan Zainal dikejutkan dengan gol awal seawal minit pertama melalui Mohammad Hossein Derakhshani, yang turut menjadi satu-satunya jaringan pada separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, gawang Malaysia dibolosi tiga kali dalam tempoh empat minit oleh Behrooz Azimi (minit ke-25), Hossein Tayyebi (minit ke-27) dan Moslem Oladghobad (minit ke-28), sekali gus memberikan kelebihan selesa 4-0 kepada Iran.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya mendapatkan gol sagu hati pada minit akhir melalui Awalluddin Nawi, menjadikan keputusan penuh 4-1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Dengan keputusan ini, Malaysia kini menghuni tangga ketiga Kumpulan D, manakala Iran mendahului carta.
Skuad negara akan menentang Afghanistan, Jumaat ini, sebelum menutup saingan kumpulan menentang Arab Saudi, Ahad ini.
Untuk rekod, skuad futsal Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke dua edisi Piala Asia Futsal sebelum ini, iaitu di Kuwait pada 2022 dan Thailand pada 2024.
Dalam 12 penampilan sejak 1999, Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan dan masih belum pernah mara ke suku akhir.
Piala Asia Futsal 2026: Malaysia tewas 1-4 kepada Iran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.