Pengetua maut kenderaan dipandu langgar tiang elektrik
Pengetua maut kenderaan dipandu langgar tiang elektrik

KUDAT: Seorang pengetua terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar tiang elektrik di Kilometer 18, Jalan Kudat-Kota Kinabalu, berhampiran simpang RTM Sikuati, di sini, petang tadi.
Ahmad Mehdunah, 60, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian jam 5.50 petang itu selepas tidak sedarkan diri sebaik kenderaannya berhenti di dalam parit.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux jenis `single cab’ yang dipandu mangsa dari arah Kota Kinabalu menghala ke Kudat.
Katanya, saksi kejadian memaklumkan pikap berkenaan dilihat bergerak perlahan secara tiba-tiba sebelum terbabas ke bahagian kanan jalan.
“Kenderaan berkenaan kemudian masuk ke dalam parit sebelum melanggar sebuah tiang elektrik di tepi jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal luaran dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Mohd Haris berkata pemandu pikap berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kudat oleh kenderaan polis untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
Pengetua maut kenderaan dipandu langgar tiang elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.