Pegawai kanan ATM ditahan kes rasuah kerja perbekalan RM150,000
Pegawai kanan ATM ditahan kes rasuah kerja perbekalan RM150,000

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah bagi selenggaraan stor di sebuah kem di negeri ini, dua tahun lalu.
Perintah reman enam hari sehingga 2 Februari depan ke atas lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Sumber berkata, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka tengah hari, semalam susulan kesalahan yang disyaki dilakukan ketika bertugas sebagai pegawai memerintah di kem berkenaan.
“Dia dipercayai menerima wang rasuah secara tunai daripada lima syarikat yang memperoleh kerja pembekalan itu,” katanya.
Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Pegawai kanan ATM ditahan kes rasuah kerja perbekalan RM150,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.