Paqueta sah sertai Flamengo
Paqueta sah sertai Flamengo

Rio de Janeiro: Kelab gergasi Brazil, Flamengo, mengesahkan kehadiran pemain tengah Lucas Paqueta selepas mencapai persetujuan dengan West Ham United, dalam perpindahan yang dilaporkan mencipta rekod baharu bola sepak Amerika Selatan.
West Ham dalam satu kenyataan memaklumkan Paqueta diberi kebenaran menjalani pemeriksaan perubatan serta berbincang terma peribadi dengan Flamengo selepas yuran perpindahan tetap dipersetujui.
Media tempatan Brazil melaporkan nilai perpindahan pemain berusia 28 tahun itu mencecah €42 juta (RM196 juta), sekali gus menjadi perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak Amerika Selatan.
Perpindahan itu turut menutup episod sukar Paqueta selepas dia dibebaskan daripada tuduhan pengaturan pertaruhan (spot-fixing) pada Julai lalu, dakwaan yang sebelum ini menjejaskan kariernya dan dilaporkan menggagalkan perpindahan ke Manchester City dua tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Paqueta yang menjadi tonggak utama West Ham sejak menyertai kelab itu, kini memilih untuk kembali ke tanah air bagi menyarung jersi Flamengo, sekali gus memperkukuh impian kelab Rio de Janeiro itu di peringkat domestik dan benua.
West Ham pula dijangka menggunakan dana besar hasil penjualan Paqueta bagi memperkukuh skuad menjelang baki saingan musim ini.
Paqueta sah sertai Flamengo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.