Mbappe akui Madrid tidak konsisten
Mbappe akui Madrid tidak konsisten

Lisbon: Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe mengakui pasukannya tidak cukup konsisten untuk berada dalam kelompok lapan terbaik selepas tersingkir ke pusingan play-off Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.
Juara Eropah 15 kali itu tewas 4-2 kepada Benfica kendalian Jose Mourinho di Lisbon, sekali gus menamatkan saingan fasa liga di tangga kesembilan dan memaksa mereka berdepan wakil Portugal itu atau Bodo/Glimt pada Februari, bukannya mara terus ke pusingan 16 terakhir.
Selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut di bawah kendalian jurulatih baharu, Alvaro Arbeloa, Madrid kembali ke bumi nyata apabila ditundukkan Benfica.
“Masalahnya kami tidak konsisten dalam permainan. Kami perlu perbaiki perkara itu. Anda tidak boleh bermain baik satu hari dan hambar pada hari lain, pasukan juara tidak bermain seperti itu.
“Kami layak berada dalam situasi ini hari ini. Benfica lebih baik. Kini kami perlu mengharungi dua lagi perlawanan play-off. Ia menyakitkan kerana kami mahu menggunakan masa pada Februari untuk memperbaiki permainan,” kata Mbappe.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Mbappe berkata dia sukar mengenal pasti punca jelas mengapa Madrid beraksi hambar menentang Benfica.
“Saya rasa ia gabungan pelbagai faktor. Saya tidak boleh kata ia sekadar soal sikap kerana nanti orang fikir kami datang tanpa keinginan.
“Jika saya kata ia masalah bola sepak, orang akan fikir pasukan ini lemah. Tidak. Saya fikir ia isu lebih besar dan dalam UCL, setiap perincian sangat penting jika anda mahu menewaskan lawan.
“Ia menunjukkan jika anda tidak turun dengan segala persiapan untuk memenangi perlawanan Liga Juara-Juara, lawan akan datang dan, seperti orang kata, mempermainkan anda,” kata bintang Perancis itu yang menjaringkan dua gol dalam kekalahan berkenaan.
Namun, Mbappe menggesa penyokong Madrid supaya terus memberi sokongan kepada pasukan di Santiago Bernabeu pada perlawanan La Liga menentang Rayo Vallecano, Ahad ini, bukannya mencemuh seperti yang berlaku awal Januari lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
“Datang dan sokong pasukan. Kami memang beraksi buruk, tetapi kami belum tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan dalam La Liga kami berada dalam momentum yang baik,” rayunya.
“Jika Bernabeu bersama kami, kami akan menang pada Ahad.”
Mbappe akui Madrid tidak konsisten
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.