Lelaki jumpa wang RM150,000 tengah lebuh raya
Lelaki jumpa wang RM150,000 tengah lebuh raya

HANOI – Seorang lelaki memulangkan beg mengandungi wang tunai berjumlah 1 bilion dong (RM150,000) yang ditemuinya di sebuah lebuh raya di utara Vietnam, lapor laman berita VNExpress semalam.
Nguyen Van Huan, 46, menemukan beg itu pada 23 Januari lepas semasa memandu di lebuh raya di wilayah Ninh Binh.
Huan berkata, dia dalam perjalanan ke Hanoi bersama dua rakannya sekitar tengah hari apabila dia ternampak karung berwarna putih di tengah jalan berhampiran tol Liem Tuyen.
Selepas berhenti untuk mengambilnya, Huan menemukan 20 ikatan wang kertas bernominasi 50,000 dong (RM8) yang dibungkus rapi di dalamnya.
Dia segera menghubungi polis trafik lebuh raya dan meminta untuk melihat rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kenderaan yang telah menjatuhkan wang itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Rakaman CCTV menunjukkan guni putih itu jatuh dari sebuah trak pikap di pintu masuk lebuh raya pada 23 Januari.
Mereka akhirnya berjaya mengesan pemilik wang itu yang dikatakan baru sahaja mengeluarkan wang tersebut daripada bank.
“Ia adalah wang hasil titik peluh orang lain, jadi saya perlu memulangkannya,” kata Huan.
Sebagai penghargaan, pemilik wang itu memberikan 5 juta dong (RM760) kepada Huan atas kejujurannya. – AGENSI
Lelaki jumpa wang RM150,000 tengah lebuh raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.