Leftenan Jeneral ATM akan didakwa di mahkamah Jumaat ini

Leftenan Jeneral ATM akan didakwa di mahkamah Jumaat ini

Leftenan Jeneral ATM akan didakwa di mahkamah Jumaat ini
Foto arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang Leftenan Jeneral yang sebelum ini dilaporkan baru bersara akan dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur, pagi Jumaat ini.

Bekas ketua perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sebelum ini menjadi antara yang ditahan SPRM selepas agensi antirasuah itu mengejutkan rakyat Malaysia dengan menahan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Menurut makluman SPRM, pegawai itu akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah pada jam 8.30 pagi dan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Leftenan Jeneral itu juga akan dituduh mengikut satu pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan esok menjadikan tiga orang pegawai tertinggi ATM didakwa di mahkamah awal tahun ini, susulan gerakan operasi SPRM membanteras aktiviti rasuah dalam pasukan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Selain itu, pada esok, seorang penjawat awam yang terbabit dalam aktiviti ‘counter setting’ atau laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Seorang individu bergelar Datuk juga akan dituduh kerana terbabit dalam aktiviti berkaitan penyeludupan ‘e-waste’ ke dalam negara.

Suspek bersama seorang warga asing dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Seremban, Negeri Sembilan.

Leftenan Jeneral ATM akan didakwa di mahkamah Jumaat ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker