Kes rasuah pegawai kanan TLDM: 5 lagi ditahan, ada kaitan syarikat kroni disiasat SPRM
Kes rasuah pegawai kanan TLDM: 5 lagi ditahan, ada kaitan syarikat kroni disiasat SPRM

KUALA LUMPUR: Lima individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kaitan dengan syarikat kroni kepada pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka yang ditahan membabitkan pengarah, pengurus serta pemilik syarikat selepas siasatan SPRM mendapati beberapa syarikat tertentu terbabit dalam perolehan TLDM yang dikaitkan dengan rasuah.
BH dimaklumkan, mereka yang ditahan itu turut mendapat projek dan kerja di dalam TLDM Lumut.
Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan.
“SPRM sedang bekerja keras menyelesaikan kes ini termasuk menjalankan siasatan secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Sementara itu, semua lima individu terbabit kini dalam proses reman masing-masing selama tiga hari, dengan seorang daripadanya bermula hari ini hingga Jumaat, manakala empat lagi bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut.
Kelmarin, BH mendedahkan seorang pegawai kanan TLDM yang ditahan SPRM dikesan memiliki dua hotel yang lokasinya sangat dekat dengan Pangkalan TLDM di Lumut, Perak.
Carian BH mendapati, kedua-dua hotel jenis bajet yang menawarkan harga murah iaitu sekitar RM50 hingga RM70 bagi penginapan satu malam itu terletak hanya sekitar kurang 10 kilometer dari Pangkalan TLDM.
Walaupun berstatus hotel bajet, BH difahamkan hasil siasatan SPRM mendapati, kedua-dua hotel berkenaan bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta mengikut perkembangan semasa.
Media sebelum ini melaporkan, SPRM melalui Ops Layar menahan seorang pengarah syarikat dan pegawai kanan TLDM kerana disyaki terbabit rasuah bagi mengesyor serta melantik syarikat kroninya untuk mendapatkan kerja sebut harga di tempat pegawai kanan itu bertugas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
Kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Kes rasuah pegawai kanan TLDM: 5 lagi ditahan, ada kaitan syarikat kroni disiasat SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.