Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan

Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan

Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pemuda UMNO Bahagian Tawau melihat kemenangan di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai bukti bahawa rakyat semakin memberi perhatian kepada kepimpinan muda yang dekat dengan denyut nadi masyarakat setempat, serta mampu meneruskan khidmat kepada rakyat dengan pendekatan relevan, progresif dan berkesan.

Ketuanya, Rushamizan Rustam berkata, keputusan ini memberi isyarat bahawa rakyat mahu kepimpinan yang menggabungkan pengalaman dengan idea segar generasi baharu, selaras dengan aspirasi pembangunan yang inklusif, mapan dan berdaya saing.

“Pemuda UMNO Bahagian Tawau merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar, atas keputusan cemerlang dalam PRK Parlimen Kinabatangan apabila beliau menang dengan majoriti besar sebanyak 14,214 undi, sekali gus mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan muda dan komitmen terhadap pembangunan kawasan itu.

“Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Kurniawan Naim telah membuktikan bahawa generasi muda UMNO bukan sekadar sebagai barisan jentera pilihan raya, tetapi juga sebagai calon yang diterima dan dihormati oleh rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


“Kami juga mengucapkan tahniah kepada calon BN bagi DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob atau dikenali sebagai MIHA, yang berjaya mengekalkan kerusi negeri itu dengan majoriti 5,681 undi, menunjukkan bahawa rakyat memberi kepercayaan kuat kepada calon muda dan muka baharu untuk membawa suara mereka ke DUN,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah Rushamizan lagi, kemenangan MIHA di Lamag memperkukuhkan lagi keyakinan bahawa anak muda dan pemimpin baharu mampu membawa perubahan positif serta suara segar yang membawa aspirasi golongan belia dan komuniti setempat ke pentas politik negeri.

Mengulas lanjut, kata Rushamizan, Pemuda UMNO Bahagian Tawau akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan yang dipilih rakyat dan berusaha memastikan harapan rakyat terutama golongan muda dapat diterjemahkan ke dalam tindakan nyata demi kemajuan bersama.

Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan

 

“Kami menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh gerak kerja Pemuda UMNO di peringkat akar umbi, memperluas libat urus dengan golongan belia, dan memastikan suara anak muda terus menjadi bahagian penting dalam pembentukan dasar kerajaan di Sabah,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Mohd Kurniawan Naim Moktar sebagai pemenang Parlimen Kinabatangan, manakala Mohd Ismail Ayob atau dikenali sebagai MIHA sebagai pemenang DUN Lamag. – UMNO Online

Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker