Kanak-kanak tertinggal dalam kereta: Bedah siasat dapati tiada kecederaan fizikal, organ dalaman
Kanak-kanak tertinggal dalam kereta: Bedah siasat dapati tiada kecederaan fizikal, organ dalaman

SEREMBAN: Hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang maut selepas dipercayai tertinggal di dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, di sini semalam, mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal atau pada organ dalamannya.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata bedah siasat berkenaan dijalankan hampir lima jam bermula 2.30 petang di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau dan hasil saringan COVID-19 turut menunjukkan mangsa negatif daripada penyakit itu.
“Punca kematian diklasifikasikan sebagai undetermined (belum dapat ditentukan) setakat ini. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, Alzafny berkata ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang ditahan semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan wanita berusia 35 tahun itu akan dipanggil semula untuk membantu siasatan sekiranya terdapat keperluan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa untuk lebih berwaspada dan memastikan keberadaan anak-anak diketahui setiap masa khususnya ketika di dalam atau sekitar kenderaan, selain meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Semalam, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta selepas dipercayai ditinggalkan oleh ibunya yang bertugas di sebuah bank berhampiran pada 8 pagi, dengan kejadian hanya disedari kira-kira 5 petang selepas wanita berkenaan selesai bekerja.
– BERNAMA
Kanak-kanak tertinggal dalam kereta: Bedah siasat dapati tiada kecederaan fizikal, organ dalaman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.