Haaland akhiri kemarau jaringan bawa City ke pusingan 16
Haaland akhiri kemarau jaringan bawa City ke pusingan 16

Manchester: Erling Haaland menamatkan penantian 10 perlawanan tanpa gol dari permainan terbuka apabila Manchester City menewaskan Galatasaray 2-0, awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL).
Rayan Cherki turut mencetak nama sebagai penjaring buat skuad kendalian Pep Guardiola yang memanfaatkan keputusan perlawanan lain untuk menyelinap ke kelompok lapan terbaik dan mengelak pusingan play-off yang berisiko bulan depan.
“Dengan sedikit drama, kami berjaya.
“Dengan jadual padat dan jumlah kecederaan yang kami hadapi ketika ini, dua minggu penuh untuk membuat persiapan, memulihkan pemain dan memberi fokus kepada kejohanan lain sangat membantu,” kata kapten City, Bernardo Silva.
City sedar bahaya pusingan play-off selepas tersingkir pada peringkat itu di tangan Real Madrid, 12 bulan lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Seminggu selepas kekalahan memalukan kepada Bodo/Glimt yang hampir menjejaskan kedudukan mereka dalam kelompok lapan terbaik, City bangkit memperbaiki keadaan menentang Galatasaray yang tetap mara ke pusingan play-off.
Haaland sebelum ini diletakkan di bangku simpanan oleh Guardiola buat kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika kemenangan 2-0 ke atas Wolves, Sabtu lalu.
Gol penalti menentang Brighton pada 27 Disember menjadi satu-satunya jaringan pemain Norway itu sebelum kembali menemui sentuhan gol dari permainan terbuka dalam perlawanan ini.
Bagaimanapun, Haaland langsung tidak menunjukkan tanda kurang yakin apabila dia tenang mengangkat bola melepasi penjaga gol Galatasaray, Ugurcan Cakir hasil hantaran lorong cantik Jeremy Doku.
Doku sekali lagi mencipta peranan untuk gol kedua apabila dia menemui Cherki di dalam kotak penalti sebelum pemain itu merembat rendah ke penjuru gawang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
Namun, pengunduran pemain Belgium itu sejurus selepas itu akibat kecederaan yang kelihatan seperti hamstring menjadi satu-satunya detik pahit buat Guardiola pada malam berkenaan.
“Ia satu kehilangan besar. Jeremy adalah pemain yang sangat penting atas banyak sebab,” kata Guardiola.
Haaland akhiri kemarau jaringan bawa City ke pusingan 16
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.