Fury umum pertarungan pertama selepas keluar dari persaraan

Fury umum pertarungan pertama selepas keluar dari persaraan

Fury umum pertarungan pertama selepas keluar dari persaraan
FURY dijangka membina laluan ke arah pertarungan mega menentang rakan senegara, Joshua. FOTO Reuters

London: Bekas juara dunia heavyweight, Tyson Fury, mengesahkan akan ke gelanggang tinju apabila dijadual menentang petinju Rusia yang berpangkalan di Kanada, Arslanbek Makhmudov, pada April ini.

Pertarungan itu akan berlangsung di United Kingdom pada 11 April, dengan lokasi masih belum diumumkan, dan bakal disiarkan menerusi platform penstriman Netflix.

Fury sebelum ini mengumumkan persaraan pada Januari tahun lalu selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Oleksandr Usyk, sekali gus menambah senarai episod ‘bersara dan kembali’ dalam kariernya.

Petinju berusia 37 tahun yang digelar ‘Gypsy King’ itu sebelum ini memaklumkan dia akan kembali bertinju pada 2026 dan kini menjalani latihan intensif di Thailand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


“Ini rasmi, saya kembali melakukan apa yang saya cintai. Saya membawa bersama rangkaian terbesar. Ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa,” tulis Fury di Instagram.

Fury memiliki rekod 34 kemenangan, dua kekalahan dan satu seri sepanjang karier profesionalnya.

Sementara itu, Makhmudov, 36, menyambut peluang berdepan nama besar dunia itu dengan penuh keyakinan.

“Saya teruja dengan peluang ini. Saya datang untuk mencetuskan peperangan. Fury ialah juara terkenal, tetapi saya lebih bersedia untuk pulang dengan kemenangan besar,” katanya.

Sebelum ini, Fury dijangka membina laluan ke arah pertarungan mega menentang rakan senegara, Anthony Joshua, namun perancangan itu kini samar susulan masa depan Joshua yang belum menentu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Nigeria Disember lalu yang mengorbankan dua rakan rapatnya.

Fury umum pertarungan pertama selepas keluar dari persaraan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker