Dua gol Faisal cerahkan laluan Selangor

Dua gol Faisal cerahkan laluan Selangor

Dua gol Faisal cerahkan laluan Selangor
FAISAL meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Dua jaringan Faisal Halim membolehkan dia membantu Selangor FC semakin hampir mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab Asean (ACC) selepas membenam Cong An Hanoi FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Kelana Jaya, malam ini.

Ia adalah kemenangan kedua selepas empat aksi dilalui dalam Kumpulan A ini untuk mengumpul lapan mata.

Selepas ini, skuad Red Giants dijadual menentang kelab Thailand, BG Pathum United pada 4 Februari ini di Kelana Jaya dan keputusan seri sudah memadai untuk muncul dia pasukan terbaik sekali gus meraih tiket ke pusingan kalah mati.

Malah, kejayaan mengutip tiga mata penuh itu turut memastikan rekod bersih pengendali tuan rumah, Kim Pan-gon kekal sejak dilantik pada awal bulan ini, dengan lima kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan dilalui pasukan.

Dalam aksi itu, Alvin Fortes tidak menunggu lama apabila memberi amaran pertama ke kubu pelawat di minit ketiga namun rembatannya sedikit tersasar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Fortes yang juga pemain kebangsaan Cape Verde sekali lagi hampir mencetak nama selaku penjaring di minit 44 tetapi percubaannya sempat dihalang pertahanan Cong An Hanoi.

Bersambung babak kedua, pelawat yang menjuarai Piala Nasional Vietnam musim lalu itu tampil lebih kemas dan percubaan Viet Anh Bui Hoang di minit 49 berjaya ditepis Kalamullah Al Hafiz untuk melegakan kem tuan rumah.

Gol yang diburu akhirnya menjelma pada minit 60 menerusi Faisal yang juga bertindak selaku ketua pasukan.

Jaringan itu berpunca daripada satu serangan balas pantas yang menemui Fortes sebelum dia melepaskan rembatan ditepis Filip Nguyen, dan Faisal mudah memanfaatkan bola muntah itu untuk gol pertama pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Penyerang berbisa Selangor FC, Chrigor Moraes terlepas peluang menggandakan kelebihan pasukan apabila rembatannya melambung tinggi ketika pemain import Brazil itu hanya berdepan Filip Nguyen di minit 65.

Empat minit kemudian, MBPJ kembali bergegar apabila Faisal sekali lagi meledak apabila kali ini percubaannya di luar kotak penalti tepat menuju sasaran yang sama sekali gagal dihalang penjaga gol pelawat itu.

Anak buah Alexandre Polking cuba bangkit namun kelebihan dua gol itu kekal hingga wisel penamat untuk menceriakan penyokong tuan rumah.

Dua gol Faisal cerahkan laluan Selangor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker