Bront Palarae – ‘Ada Satu Ketika Dulu Beri Salam, Orang Keliru Saya Muslim Atau Tidak’

Bront Palarae – ‘Ada Satu Ketika Dulu Beri Salam, Orang Keliru Saya Muslim Atau Tidak’

Bront Palarae – ‘Ada Satu Ketika Dulu Beri Salam, Orang Keliru Saya Muslim Atau Tidak’ [VIDEO]

Di sebalik nama pentas yang unik, rupa-rupanya ada kisah tersendiri di sebalik pemilihan nama Bront Palarae yang digunakan pelakon terkenal ini sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.

Gabungan panggilan mesra rakan-rakan

Bront Palarae – ‘Ada Satu Ketika Dulu Beri Salam, Orang Keliru Saya Muslim Atau Tidak’ [VIDEO]

Menurut Bront, 47, nama pentasnya berasal daripada gabungan panggilan mesra rakan-rakan di sekolah (Bront) dan nama keluarga ibunya di Thailand (Palarae).

Saya sebenarnya sudah kongsikan perkara ini dalam beberapa podcast sebelum ini.

Tapi nama Bront itu evolusi panggilan kawan-kawan dari zaman sekolah, manakala Palare pula adalah nama keluarga sebelah ibu di Thailand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Pelakon filem Ombak Rindu itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.

Kata pemilik nama Nasrul Suhaimin Saifuddin, penggunaan nama pentas berkenaan dibuat dengan tujuan untuk mencipta identiti berbeza serta memberi elemen kelainan dalam perjalanan kerjaya lakonannya.

Kalau saya guna nama Nasrul Suhaimin Saifuddin, macam terlalu ‘baik’. Watak apa yang boleh saya bawa?

Bila guna nama Bront Palarae, orang jadi tertanya-tanya saya ini siapa. Ia lebih unik dan ada misteri.

Bagaimanapun, Bront tidak menafikan penggunaan nama tersebut pada awalnya pernah menimbulkan salah faham, khususnya berkaitan latar belakang agamanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Ada satu ketika dulu, bila saya beri salam, orang jadi tak berani jawab sebab keliru saya Muslim atau tidak.

Tapi itu hanya di peringkat awal. Sekarang orang dah faham dan tak ada isu lagi.

Dilantik sebagai duta jenama Aryan

Bront Palarae – ‘Ada Satu Ketika Dulu Beri Salam, Orang Keliru Saya Muslim Atau Tidak’ [VIDEO]

Dalam perkembangan lain, Bront meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta pertama jenama Aryan, sekali gus menganggap tanggungjawab tersebut sebagai satu amanah besar.

Menurutnya, keputusan menerima tawaran itu dibuat selepas mempertimbangkan kesesuaian dan keselesaan diri selama beberapa bulan.

Mungkin rezeki saya di sini dan saya sangat berbesar hati serta bangga.

Bila ke luar negara nanti, mungkin ada yang bertanya jenama apa yang saya pakai.

Harapnya dengan peranan ini, saya dapat membantu memperkenalkan jenama tempatan ke peringkat antarabangsa sama ada di Indonesia, Thailand atau negara lain, secara tidak langsung mewakili Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani, menyatakan bahawa Aidilfitri membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar perhimpunan keluarga dan tradisi bermaaf-maafan.

Aidilfitri adalah saat untuk meraikan kebersamaan bersama insan tersayang.



Persalinan baju raya bukan sekadar pakaian, tetapi lambang kegembiraan dan kenangan bermakna yang diraikan bersama keluarga.

Selain Bront, barisan selebriti yang menjadi duta dan wajah Ariani, Ariani RTW Premium dan Arian adalah Bella Dally, Lisa Surihani, Uyaina Arshad, Mira Filzah, Elly Mazlein, Qasrina Karim, Elisya Sandha, Cik Epal, Ammar Azman, Madnor dan Fyza Kader.

Bront Palarae – ‘Ada Satu Ketika Dulu Beri Salam, Orang Keliru Saya Muslim Atau Tidak’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker