2025 tahun ‘gila’ pasaran perpindahan dunia
2025 tahun ‘gila’ pasaran perpindahan dunia

Zurich: Bola sepak dunia terus menyaksikan ledakan luar biasa apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan rekod baharu perpindahan pemain antarabangsa direkodkan sepanjang 2025, dengan perbelanjaan keseluruhan mencecah AS$13.08 bilion (RM61.6 bilion).
Menurut Laporan Perpindahan Global FIFA yang diterbitkan hari ini, sebanyak 24,558 perpindahan antarabangsa pemain lelaki disempurnakan pada 2025, peningkatan lebih tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadi jumlah tertinggi pernah direkodkan.
Secara keseluruhan merangkumi bola sepak profesional lelaki, wanita serta amatur, FIFA memaklumkan 86,158 perpindahan pemain antarabangsa berlaku tahun lalu, juga satu rekod baharu.
Antara perpindahan paling mahal adalah perpindahan pemain tengah Jerman, Florian Wirtz, dari Bayer Leverkusen ke juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Liverpool dilaporkan membayar £100 juta (RM540 juta) sebagai yuran tetap, dengan tambahan sehingga £16 juta (RM86 juta) sebagai bonus, menjadikan Wirtz antara perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak Eropah.
Lima perpindahan antarabangsa termahal 2025 turut membabitkan Hugo Ekitike (Eintracht Frankfurt ke Liverpool), Jhon Duran (Aston Villa ke Al-Nassr), Benjamin Sesko (RB Leipzig ke Manchester United) dan Nick Woltemade (VfB Stuttgart ke Newcastle United).
Dalam perkembangan sama, bola sepak wanita turut mencatat pertumbuhan ketara dengan 2,440 perpindahan antarabangsa direkodkan, peningkatan lebih enam peratus berbanding 2024.
Jumlah perbelanjaan perpindahan wanita melonjak ke paras tertinggi AS$28.6 juta (RM112 juta), lebih 80 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, dengan perpindahan Lizbeth Ovalle dari Tigres ke Orlando Pride mencipta rekod dunia baharu yuran perpindahan wanita bernilai AS$1.5 juta (RM5.88 juta).
FIFA turut merekodkan 59,162 pemain amatur berhijrah ke kelab luar negara pada 2025, peningkatan 9.4 peratus, sekali gus menonjolkan mobiliti pemain global yang semakin rancak.
2025 tahun ‘gila’ pasaran perpindahan dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.