10 tahanan cedera, lori polis dari Penjara Seremban ke Mahkamah Rembau terbalik

10 tahanan cedera, lori polis dari Penjara Seremban ke Mahkamah Rembau terbalik

10 tahanan cedera, lori polis dari Penjara Seremban ke Mahkamah Rembau terbalik
10 tahanan dari Penjara Seremban cedera selepas lori polis membawa mereka ke Mahkamah Rembau terbalik di Jalan Seremban-Tampin, pagi ini. – NSTP/Ahmad Hasbi

REMBAU: Lori polis membawa 10 tahanan dari Penjara Seremban ke kompleks mahkamah di sini terbalik pagi tadi, menyebabkan semua individu berkenaan cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali, berkata kejadian jam 9.40 pagi itu ketika lori berkenaan membawa 10 Orang Kena Tuduh (OKT) itu ke Mahkamah Rembau apabila terbalik di simpang empat lampu isyarat Jalan Seremban-Tampin, berhampiran pekan ini.

“OKT bersama lima anggota polis pengiring dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mahu ke Mahkamah Rembau untuk menghidupkan waran menahan.

“Namun ketika membelok ke kanan jalan di lokasi, lori itu dikatakan hilang kawalan dan terbalik lalu menyebabkan empat OKT cedera, manakala enam lagi mengalami luka ringan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, OKT yang cedera dibawa ke Hospital Rembau menggunakan ambulans bersama dua anggota pengiring serta diiring MPV untuk rawatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Susulan kejadian berkenaan, katanya, Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau hadir ke tempat kejadian untuk memberi bantuan awal.

10 tahanan cedera, lori polis dari Penjara Seremban ke Mahkamah Rembau terbalik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker