Warga emas maut kemalangan, hanya 200 meter dari rumah
Warga emas maut kemalangan, hanya 200 meter dari rumah

ALOR GAJAH: Hasrat seorang warga emas lelaki untuk pulang ke rumah dari kebun tidak kesampaian apabila beliau maut disyaki mengalami serangan jantung terbabas t dalam kemalangan di Jalan Pekan Durian Tunggal, di sini, semalam.
Lebih memilukan, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 69 tahun dipercayai hanya kira-kira 200 meter saja lagi untuk sampai ke rumahnya sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah lori jenis Daihatsu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda AFP110 dari kebunnya di Kampung Padang Keladi menghala ke rumahnya yang terletak berhampiran Pekan Durian Tunggal.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian kiri lori terbabit yang sedang bergerak dari arah Pekan Durian Tunggal menuju ke Bukit Tambun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan disyaki mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu lori berusia 47 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih tiga kilometer menghala ke arah pekan Durian Tunggal.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Loh Gia Xao di talian 019-538 2353 bagi membantu siasatan.
Warga emas maut kemalangan, hanya 200 meter dari rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.