Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman menyifatkan ugutan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan tanda keberanian politik, sebaliknya mencerminkan kegagalan memahami kehendak rakyat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata ini kerana rakyat Johor mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan fokus bekerja untuk mereka, bukan kerajaan yang sibuk dengan politik tuntutan kerusi.
“Kenyataan terbuka Parti Amanah oleh Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad, berkaitan tuntutan pembahagian kerusi PRN Johor jelas memperlihatkan fokus dan agenda sebenar Amanah iaitu bukan khidmat kepada rakyat, tetapi obsesi terhadap kuasa dan kerusi.
“Sejak tahun lalu hingga ke hari ini, isu yang sama terus diulang. Skripnya tidak berubah tuntut kerusi secara terbuka, tekan rakan dalam Kerajaan Perpaduan melalui media, kemudian disusuli ugutan pertandingan tiga penjuru.
“Politik sempit ini mencerminkan sikap gila kuasa yang akhirnya merugikan rakyat Johor,” katanya menerusi satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Mengulas lanjut kata beliau agihan kerusi PRN bukan soal desakan awam atau tekanan politik sebaliknya keputusan kepimpinan tertinggi di peringkat pusat dan negeri yang dibuat secara berhemah dan berlandaskan kepentingan rakyat Johor.
Katanya lagi realitinya, Barisan Nasional memerintah negeri ini atas mandat jelas rakyat dalam PRN lalu.
Malah keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini ialah memastikan kestabilan politik, kesinambungan dasar dan keberkesanan pentadbiran agar fokus kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.
“Kerusi DUN Johor bukan harta pusaka mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ia tidak boleh dijadikan bahan tawar-menawar politik secara terbuka, apatah lagi dengan ugutan yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan negeri.
“Prestasi serta penerimaan rakyat terhadap ADUN sedia ada mesti menjadi asas utama dalam sebarang pertimbangan. Rakyat Johor menilai wakil rakyat berdasarkan prestasi kerja mereka termasuk kekerapan turun padang, menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan kawasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid
“Nasihat kami jelas dan tegas kepada Parti Amanah, fokuslah kepada kerja dan khidmat kepada rakyat, bukan perebutan kuasa. Kerajaan Negeri Johor sedang bekerja dan terus berusaha membela nasib rakyat. Jangan menggugat kestabilan ini hanya kerana gilakan kerusi dan kuasa semata-mata,” ujar beliau. – UMNO Online
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.