Trump ancam naikkan tarif terhadap Korea Selatan

Trump ancam naikkan tarif terhadap Korea Selatan

Trump ancam naikkan tarif terhadap Korea Selatan
KREN dan kontena dilihat di pelabuhan di Pyeongtaek, Korea Selatan pada 31 Julai 2025. – AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan semalam bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas barangan Korea Selatan termasuk kereta, kayu dan produk farmaseutikal selepas menuduh Seoul gagal memenuhi komitmen perjanjian perdagangan yang dimeterai bersama Washington.

Kenaikan itu akan mengakibatkan tarif ke atas Korea Selatan meningkat daripada 15 kepada 25 peratus.

“Korea Selatan tidak memenuhi perjanjiannya dengan Amerika Syarikat(AS),” kata Trump di platform Truth Social.

Perubahan pendirian Trump yang ketara itu berlaku beberapa bulan selepas Washington dan Seoul memeterai perjanjian perdagangan serta keselamatan.

Di bawah perjanjian itu, Washington akan mengekalkan tarif sehingga 15 peratus ke atas barangan Korea Selatan termasuk kenderaan, alat ganti kereta dan farmaseutikal.

Ancaman terbaru Trump, jika dikuatkuasakan, akan mengubah keadaan tersebut.

Industri automotif menyumbang 27 peratus daripada keseluruhan eksport Korea Selatan ke AS atau hampir separuh eksport kereta Korea Selatan.

Kenaikan tarif itu boleh meletakkan eksport Korea Selatan dalam kedudukan kurang kompetitif berbanding kuasa ekonomi lain seperti Jepun dan Kesatuan Eropah. Kedua-duanya , mencapai perjanjian untuk tarif AS sebanyak 15 peratus. – AFP

Trump ancam naikkan tarif terhadap Korea Selatan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker