Sedih, mangsa yang dianggap sebagai adik beradik rentung dalam kebakaran – rakan akrab

Sedih, mangsa yang dianggap sebagai adik beradik rentung dalam kebakaran – rakan akrab

Sedih, mangsa yang dianggap sebagai adik beradik rentung dalam kebakaran - rakan akrab
Anggota Bomba dan Penyelamat dan anggota polis meletakkan mayat Mohd Syafie yang rentung dalam kebakaran di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin. – Foto NSRP/Zaid Salim.

KUALA NERUS: “Saya lega kerana ada yang memberitahu mangsa berada di luar rumah ketika kejadian sebelum membantu orang ramai memadamkan api yang mula menghinggapi dinding rumah berhampiran,” kata Mohd Faizal Md Syafie, 34, rakan mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, malam tadi.

Bagaimanapun, perasaan lega itu bertukar panik apabila mendapati rangka motosikal mangsa berada di kawasan rumah, sekaligus nalurinya berat menyatakan rakan yang dianggap sebagai adik beradik itu berada dalam rumah ketika kejadian.

Sangkaan Mohd Faizal tepat apabila mayat mangsa, Mohd Syafie Awang, 49, ditemui pasukan Bomba dan Menyelamat di ruang tamu berhampiran pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan rentung selepas api berjaya dipadamkan pada jam 8.02 malam.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di rumahnya di kampung berkenaan sebelum ke lokasi kejadian selepas rakan memberitahu rumah mangsa terbakar

Menurut Mohd Faizal, dimaklumkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersembang dengan rakannya tidak jauh dari rumah sebelum bergegas pulang selepas mendapati terdapat api di bahagian biliknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Katanya lagi, rakan-rakan mangsa nampak mangsa memasuki rumah menerusi pintu belakang dan tidak pasti apa tujuan samada mahu memadamkan kebakaran atau menyelamatkan barangan dalam rumah berkenaan.

“Tetapi saya diberitahu berkemungkinan mangsa masuk ke rumah untuk mengambil kunci motor untuk mengalih motosikalnya yang diletakkan di kawasan rumah.

“Oleh kerana ketika itu api mula marak, mangsa dikatakan cuba keluar menerusi pintu hadapan sebelum terperangkap dalam asap tebal,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Mohd Faizal, mangsa adik bongsu daripada empat beradik tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah bapa bersendirian selepas berpisah dengan isteri.

Manakala tiga lagi adik beradik mangsa yang sudah berkeluarga tinggal bersama keluarga masing-masing di Seberang Takir dan Kampung Padang Nenas, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


“Setiap petang, mangsa ke rumah kakaknya di Kampung Padang Nenas untuk mengambil makanan makan malam dan adakalanya ketika kakak mangsa ke rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur, saya akan menghantar nasi untuk mangsa.

“Hubungan kami memang rapat sejak kecil dan sudah seperti adik beradik. Kali terakhir saya jumpa dia dua hari lalu di sebuah kedai di Kampung Padang Nenas,” katanya yang mengakui sedih dengan pemergian arwah namun reda dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata kebakaran membabitkan sebuah rumah yang musnah seratus peratus serta sebuah motosikal milik mangsa.

Katanya, operasi pemadaman melibatkan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dengan bantuan BBP Kuala Terengganu dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.02 malam.

“Mayat mangsa ditemukan di bahagian hadapan rumah selepas kebakaran dipadamkan sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HOSZA) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sedih, mangsa yang dianggap sebagai adik beradik rentung dalam kebakaran – rakan akrab

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker