Produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dirampas
Produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dirampas

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta hasil pemeriksaan terhadap 11 premis di sekitar negeri ini, semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Nor’Aishah Abu Bakar berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati produk kesihatan yang dijual disyaki mengandungi racun berjadual.
Katanya, perbuatan itu melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.
“Hasil pemeriksaan, sebanyak 227 produk telah dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM13.4 juta.
“Produk berkenaan dikenal pasti sebagai ubat tradisional Cina keluaran tempatan yang mengandungi bahan terlarang seperti steroid, allopurinol serta bahan lain yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Dr Nor’Aishah berkata selain produk kesihatan, pihaknya turut merampas tiga peranti digital dan tiga mesin pengilangan yang dipercayai digunakan dalam pengeluaran produk berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
Katanya, kesalahan yang dikesan melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 jika sabit kesalahan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata peniaga, pengedar serta penyedia platform e-dagang diingatkan supaya hanya mengendalikan produk kesihatan yang berdaftar dan mempunyai pelekat keselamatan hologram.
Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya menyemak status pendaftaran produk kesihatan melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan penjualan produk kesihatan yang meragukan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.