PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh

KOTA KINABALU, 27 Jan – Kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag membuktikan bahawa kerjasama politik yang matang, pemilihan calon yang tepat serta kekuatan jentera parti merupakan formula kejayaan yang berkesan.
Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, keputusan tersebut sememangnya telah dijangka sejak awal berikutan persefahaman politik yang jelas antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), apabila GRS mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada BN mempertahankan kerusi berkenaan.
Menurut beliau, langkah itu telah mengelakkan perpecahan undi dan membolehkan sokongan pengundi yang sehaluan disatukan di bawah satu calon, sekali gus mengukuhkan peluang kemenangan BN.
“Kerjasama erat antara BN dan GRS dalam PRK ini jelas membuahkan hasil positif dan mencerminkan kematangan politik yang memberi keutamaan kepada kestabilan serta kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa faktor pemilihan calon yang sesuai telah meningkatkan keyakinan pengundi, selain sentimen simpati dan penghargaan terhadap jasa Allahyarham yang turut mempengaruhi sokongan rakyat di kawasan terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Selain itu, kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam memastikan gerak kerja kempen berjalan secara tersusun, berkesan dan menyeluruh sehingga hari pengundian.
Salleh juga menegaskan bahawa kemenangan BN dalam PRK Kinabatangan dan Lamag menjadi bukti jelas bahawa kejayaan politik tidak hanya bergantung kepada populariti semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama yang matang, calon yang diyakini serta jentera parti yang mantap dan berdisiplin.

Pada Sabtu, BN mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag apabila kedua-dua calon yang dipertaruhkan memenangi PRK itu.
Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin apabila tampil dengan kemenangan bergaya selepas memperoleh 19,852 undi, iaitu majoriti 14,214.
Bagi kerusi DUN Lamag pula, Mohd Ismail Ayob memenangi pertarungan satu lawan satu menerusi 7,269 undi, berbanding pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek (Warisan) yang meraih 1,588 undi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu, iaitu selepas beliau memenangi kerusi DUN Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 29 November 2025.– UMNO Online
PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.