Polis buru lelaki kebas durian
Polis buru lelaki kebas durian

SINGAPURA – Sebuah kedai durian di Chinatown, Singapura membuat laporan polis selepas seorang lelaki dipercayai mencuri dua bekas mengandungi isi ‘raja buah’ itu, lapor portal berita MSNews kelmarin.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian diimuat naik di platform Instagram oleh pihak pengurusan kedai 99 Old Trees itu pada 21 Januari lalu.
Rakaman itu memaparkan seorang lelaki secara ‘dia-diam’ memasukkan dua bekas mengandungi isi durian ke dalam begnya.
Pengasas bersama 99 Old Trees, Kelvin Tan berseloroh dengan berkata, dia telah menyaksikan pertunjukan silap mata terhebat dalam sejarah Singapura.
Rakaman CCTV lain menunjukkan lelaki itu berjalan masuk ke dalam kedai tetapi dua bekas tersebut kelihatan hilang secara ‘ajaib’ daripada tangannya.
Dalam satu Instagram Story susulan, kedai itu mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti suspek.
Kelvin berkata, dia meminta polis memberi peluang kepada lelaki itu sekiranya boleh kerana dia tidak mahu memusnahkan kehidupan seseorang. – AGENSI
Polis buru lelaki kebas durian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.