Peniaga rugi RM364,500 ditipu individu menyamar ‘polis’
Peniaga rugi RM364,500 ditipu individu menyamar ‘polis’

TANGKAK: Seorang wanita menanggung kerugian lebih RM350,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket ‘phone scam’ oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai polis.
Mangsa, peniaga kedai makan berusia 58 tahun mendakwa individu terbabit menghubunginya dan menuduhnya mangsa dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, berkata akibat terpedaya dengan penyamaran itu, mangsa menyerahkan maklumat perbankan serta kata laluan satu kali (OTP) yang diterima daripada bank kepada suspek.
“Ini menyebabkan perbankan dalam talian milik mangsa diambil alih oleh pihak ketiga sehingga berlaku pemindahan wang berjumlah RM364,500 tanpa disedarinya.
“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Roslan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu sehingga mendorong seseorang menyerahkan harta benda.
“Dalam kes ini, polis menasihatkan orang ramai membuat semakan dengan pihak berwajib sekiranya didakwa terbabit dalam kesalahan oleh pihak berkuasa.
“Mereka perlu segera menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) sebagai tindakan awal bagi menyekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek,” katanya.
Peniaga rugi RM364,500 ditipu individu menyamar ‘polis’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.