Pecah amanah: Bekas peguam, bekas ketua bahagian BERSATU kena jel 18 tahun

Pecah amanah: Bekas peguam, bekas ketua bahagian BERSATU kena jel 18 tahun

Pecah amanah: Bekas peguam, bekas ketua bahagian BERSATU kena jel 18 tahun
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bekas peguam, Firdaus Rizal Abdul Manan, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas Mahkamah Sesyen Teluk Intan mensabitkannya dengan sembilan pertuduhan pecah amanah.

Hakim Norhamizah Shaiffuddin menjatuhkan hukuman penjara dua tahun, dua sebatan serta denda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda, bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Hukuman setiap pertuduhan dijalankan secara berturut-turut.

Bekas Ketua Bahagian BERSATU Teluk Intan itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan kepada bersalah pada 22 Disember 2025 bagi semua pertuduhan.

Tertuduh kemudian merayu hukuman diringankan dengan alasan faktor usia, tanggungjawab terhadap lima anak yang masih bersekolah, ketiadaan pendapatan tetap, masalah kesihatan serta status sebagai pencari nafkah tunggal.Bagaimanapun, pihak pendakwaan berhujah hukuman berat wajar dikenakan memandangkan kesalahan dilakukan serius, membabitkan banyak pertuduhan dengan mangsa berbeza, selain tidak berlaku dalam satu transaksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Dalam alasan penghakiman bertarikh 26 Januari, Norhamizah menyatakan kesalahan dilakukan dalam tempoh panjang sejak 2012 hingga 2019, membabitkan kerugian besar berjuta-juta ringgit yang tidak pernah dipulangkan kepada mangsa.

“Tempoh panjang antara tarikh kesalahan menunjukkan tertuduh mempunyai peluang untuk menghentikan pecah amanah sejak awal, namun ia berterusan hingga 2019,” katanya.

Mahkamah turut menolak hujahan pembelaan bahawa tertuduh hanya pemegang akaun nominal.

“Rayuan bahawa tertuduh tidak terbabit secara aktif dan hanya disabitkan kerana pemilik akaun amanah tidak diterima mahkamah,” jelasnya.

Norhamizah menambah mangsa bukan sahaja mengalami kerugian kewangan, malah turut menanggung kehilangan masa, tenaga dan reputasi. Malah, ada mangsa yang meninggal dunia sebelum melihat keadilan ditegakkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


Mahkamah memutuskan semua sembilan pertuduhan tidak boleh dianggap sebagai satu transaksi kerana dilakukan pada masa berbeza, membabitkan pihak berbeza dan tidak berkaitan antara satu sama lain.

Sementara itu, peguam Khesminkapil Singh Dhanoa ketika dihubungi berkata beliau akan mewakili tertuduh untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi pada 6 Februari bagi memohon hukuman dijalankan serentak.

Pecah amanah: Bekas peguam, bekas ketua bahagian BERSATU kena jel 18 tahun

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker