Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan

JEMPOL, 27 Jan – Bekalan air yang stabil menjadi keutamaan bagi penduduk FELDA Palong 2, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir susulan tinjauan ke projek tangki air yang telah lama terbengkalai.
Beliau menegaskan bahawa projek ini sangat penting untuk kesejahteraan harian masyarakat setempat dan kelewatan yang berpanjangan memberi kesan langsung kepada kehidupan penduduk.
“Rakyat berhak mendapat kemudahan asas yang mencukupi. Kelewatan projek ini amat membimbangkan kerana ia menjejaskan bekalan air yang merupakan keperluan asas setiap hari. Saya akan pastikan isu ini tidak diabaikan dan pihak FELDA bertindak segera,” kata Mohd Zaidy.
Menurut beliau, isu projek tangki air ini telah dibangkitkan secara rasmi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Jempol, namun sehingga kini pihak FELDA masih belum memberikan sebarang maklum balas rasmi berhubung perkembangan dan status sebenar projek tersebut.
Beliau turut memaklumkan bahawa kontraktor asal projek ini telah ditamatkan kontrak akibat kegagalan menyiapkan projek mengikut jadual serta kurang menunjukkan komitmen yang memuaskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
“Saya berharap pihak FELDA dapat bertindak segera supaya penduduk FELDA Palong 2 tidak lagi berdepan masalah gangguan bekalan air. Projek ini terlalu penting untuk kesejahteraan rakyat, dan ia mesti diselesaikan tanpa sebarang penangguhan lagi,” tegasnya.
Berkaitan keutamaan kepada kepentingan rakyat, Mohd Zaidy juga telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan Pusat Khidmat ADUN Jeram Padang yang diadakan di Balairaya Rompin baru-baru ini.

Jelasnya, pada majlis tersebut, sumbangan berjumlah RM73,790.00 diserahkan kepada pelbagai pihak termasuk sekolah, PIBG, persatuan, kelab belia, mahasiswa, individu yang menghadapi masalah kesihatan, warga emas, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), masjid, kuil, tokong, serta lain-lain pihak yang memerlukan.
“Sumbangan ini adalah bukti komitmen kami untuk mendampingi rakyat. Semoga ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan memberi manfaat yang nyata kepada masyarakat,” ujar beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid
Mohd Zaidy menegaskan bahawa kepentingan rakyat menjadi fokus utama beliau sebagai wakil rakyat.
Beliau percaya bahawa tindakan proaktif dalam menyelesaikan masalah asas dan membantu golongan memerlukan adalah cara terbaik untuk memastikan kesejahteraan penduduk di DUN Jeram Padang.
“Kami di sini untuk rakyat. Segala tindakan, sama ada dari segi infrastruktur atau bantuan sosial, akan difokuskan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Jeram Padang. Kepentingan rakyat adalah keutamaan kami, dan ia tidak akan dipinggirkan,” tambah beliau lagi. – UMNO Online
Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.