Mana cukup, gajah cabut pintu van minta makanan
Mana cukup, gajah cabut pintu van minta makanan

COLOMBO – Sekumpulan pelancong Russia berdepan detik cemas apabila seekor gajah menyerang kenderaan dinaiki mereka bagi mendapatkan makanan, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Dalam video kejadian yang tular, van berwarna putih itu melalui jalan di sebuah taman safari di Sri Lanka sebelum seekor gajah menggoncangkan kenderaan tersebut, baru-baru ini.
Haiwan itu mencabut pintu kenderaan menggunakan belalai bagi meminta makanan selepas seorang pelancong terbabit memberikan makanan sebelum itu.
Gajah itu akhirnya berundur selepas sebuah lagi kenderaan safari tiba dan membunyikan hon serta melepaskan tembakan amaran.
“Kami tidak akan melupakan lawatan ke Sri Lanka ini. Kami hampir hilang nyawa.
“Hanya beberapa minit sebelumnya, saya merakam video dan langsung tidak menyedari bahawa makanan yang manis akan bertukar menjadi huru-hara,” kata seorang pelancong tersebut, Liliya Mikhailovskaya, 43. – AGENSI
Mana cukup, gajah cabut pintu van minta makanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.