KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri

KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri

KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas prestasi cemerlang kementerian itu dalam memacu pembangunan luar bandar, khususnya di Parlimen Tenggara.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif pembangunan berjaya dilaksanakan hasil komitmen berterusan KKDW dalam memastikan kesejahteraan masyarakat desa terus terbela.

“Tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta KKDW atas prestasi yang terus memberangsangkan serta membantu segenap segi masyarakat desa di Parlimen Tenggara.

“Di Tenggara sahaja projek eminiti sosial, rumah rakyat, jalan, keusahawanan, pertanian, perladangan dan pembangunan modal insan digerak. Ada juga beberapa isu yang tersangkut seperti jambatan Kampung Pasir Asam yang peruntukkan dari KKDW yang disalurkan kepada KEJORA dilaksankan oleh JPS dan ianya terbengkalai.

“Pemuktamadan PROSPEK rangkaian Kampung Sungai Telur sudah kelulusan tetapi tiada muktamad dan ia akan memberi gembira pada sembilan buah kampung dan terakhir adalah jalan baharu Kampung Rantau Panjang, Petri Jaya. Sudah dilulus RM50 juta dipulangkan oleh agensi pelaksana, JKR RM50 juta, dan adakah ada pertambahan kepada bajet tersebut,” katanya.​_


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan usul menjunjung Kasih Titah Di Pertuan Agong, di Dewan Rakyat hari ini.Manndzri yang juga Pengerusi RISDA, dengan pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Hal Ehwal FELDA disambut baik oleh masyarakat FELDA dan mengharapkan penyelesaian tuntas dapat diselesaikan.

Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menzahirkan penghargaan

“Dengan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Hal Ehwal FELDA disambut baik oleh masyarakat tanah rancangan FELDA dan peneroka mengharap polemik kemerosotan kesejahteraan infrastruktur dapat digembleng bersama PMO dan KKDW.

“Ia juga pengkhususan kepada lima isu yang terkait warga FELDA termasuk pindaan GSA untuk selesaikan secara holistik isu pewarisan, mewakaf tanah masjid, skolah agama dan kubur, pajakan baharu, generasi menua dan pemerkasaan generasi,” katanya lagi.

Seterusnya kata Manndzri lagi, median harga rumah ketika ini berada sekitar RM330,000 hingga RM350,000 dengan nisbah harga rumah kepada pendapatan tahunan mencecah empat hingga lima kali ganda, sekali gus melebihi tahap kemampuan sebenar rakyat.

“Keadaan itu menyebabkan pemilikan rumah bagi golongan B40 menjadi hampir mustahil tanpa sokongan luar atau komitmen hutang jangka panjang yang tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


“Terdapat juga rumah mampu milik dan inisiatif kerajaan seperti RUMAWIP dan Residensi Hektar yang lewat disiapkan atau terbengkalai, sekali gus memberi tekanan besar kepada pembeli yang majoritinya terdiri daripada golongan B40 dan pembeli rumah pertama.

“Keadaan ini menyebabkan pembeli terpaksa menanggung hutang dengan pihak bank walaupun rumah masih belum siap, malah terdapat kes pembeli yang telah meninggal dunia sedangkan projek tersebut masih gagal disiapkan dan menggesa kementerian yang bertanggungjawab agar mengambil tindakan pantas,” ujarnya. – UMNO Online

KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker