Hampir 3,000 kebakaran dilaporkan sejak awal tahun – Bomba
Hampir 3,000 kebakaran dilaporkan sejak awal tahun – Bomba

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,917 kes kebakaran terbuka membabitkan kawasan seluas 328 hektar dilaporkan bagi tempoh 1 Januari hingga semalam, peningkatan ketara sebanyak 300 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan sehingga semalam, seluas 287 hektar daripada jumlah keluasan yang terbabit dalam kebakaran terbuka itu berjaya dipadamkan, manakala baki 41 hektar masih dalam tindakan pemadaman.
“Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya iaitu 729 kes pada 2025 yang melibatkan keluasan 11.19 hektar dan 66 kes pada 2024 dengan keluasan 55.03 hektar,” menurut kenyataan itu.
Menurut JBPM kebakaran belukar dikenal pasti sebagai penyumbang utama apabila mencatatkan 2,187 kes atau 75 peratus bagi tempoh berkenaan berbanding 440 kes (60 peratus) pada tahun lepas dan 53 kes (80 peratus) pada 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
Selain itu, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram turut menyumbang kepada peningkatan kumulatif kes di seluruh negara dengan 431 kes direkodkan pada tempoh sama, berbanding 244 kes pada 2025 dan hanya sembilan kes pada 2024.
Menurut JBPM peningkatan ketara itu boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca semasa yang panas, kering serta berangin yang dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia hingga 31 Januari ini, berdasarkan analisis terhadap model ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kebakaran terbuka merebak, terutamanya membabitkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram.
“Ini selari dengan trend peningkatan kes yang direkodkan JBPM sepanjang tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Kes kebakaran terbuka yang masih aktif setakat ini tertumpu di Johor di kawasan di Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar dan operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh JBPM Johor.
“JBPM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dan menasihatkan orang awam tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka serta sentiasa mematuhi peraturan dan langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar,” menurut kenyataan itu.
Hampir 3,000 kebakaran dilaporkan sejak awal tahun – Bomba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.