Ditinggalkan 9 jam, kanak-kanak dua tahun ditemui maut

Ditinggalkan 9 jam, kanak-kanak dua tahun ditemui maut

Ditinggalkan 9 jam, kanak-kanak dua tahun ditemui maut
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di dalam kereta yang diletakkan di belakang sebuah bank dekat Jalan Tunku Hassan, di sini, petang tadi. – Foto NSTP

SEREMBAN: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di dalam kereta yang diletakkan di belakang sebuah bank dekat Jalan Tunku Hassan, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa dikatakan ditinggalkan sejak jam 8 pagi dan hanya disedari pada jam 5 petang.

“Pihak polis menerima paggilan MERS 999 kira-kira jam 6.15 petang daripada orang awam memberitahu terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia di dalam sebuah kereta.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga warna putih dan dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu oleh ibunya seawal 8.00 pagi.

“Difahamkan ibu mangsa terlupa untuk menghantar mangsa ke tempat pengasuh. Kejadian hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 5 petang selepas selesai waktu bekerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Jelas beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Tegas beliau, orang awam disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.

Sementara itu, seorang pekerja kedai pakaian berkata, dia bergegas keluar selepas mendengar jeritan seorang wanita dari bahagian belakang premis berkenaan.

“Saya dan rakan segera melihat apa yang berlaku dan dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


“Ada juga yang cakap ibu kepada kanak-kanak itu bekerja di sebuah bank dan dipercayai terlupa anaknya tertinggal di dalam kenderaan,” katanya.

Ditinggalkan 9 jam, kanak-kanak dua tahun ditemui maut

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker