Buruh binaan rentung cuba ambil kunci untuk alihkan motosikal
Buruh binaan rentung cuba ambil kunci untuk alihkan motosikal

KUALA NERUS: Seorang buruh binaan ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kampung Pak Tuyu, di sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Shafie Awang @ Abd Rahman, 49. Menurut abang mangsa, Mohamad Awang @ Abd Rahman, 56, kali terakhir dia berjumpa adiknya ialah pada Oktober tahun lalu.
“Saya tahu mengenai kejadian malang menimpa adik saya ini kira-kira jam 8 malam tadi ketika itu saya berada di rumah di Kampung Batin, Seberang Takir.
“Dia (arwah adik) duda anak dua, menetap di rumah pusaka milik keluarga berusia lebih 70 tahun seorang diri manakala anak-anaknya pula tinggal bersama bekas isteri,” katanya.
Menurutnya, arwah adalah adik bongsu dari tiga beradik dan bekerja sebagai buruh binaan, namun jarang bertemu kerana kekangan waktu dan tugas masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
“Kami reda dengan kejadian dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung ini selepas selesai bedah siasat dilakukan,” katanya.
Katanya, mangsa dipercayai berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci motosikal untuk mengalihkan kenderaannya yang diletakkan di luar rumah ke tempat selamat.
“Bagaimanapun, api marak dengan cepat menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kebakaran itu,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan jam 7.37 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus tiba di lokasi lapan minit kemudian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah yang musnah seratus peratus, termasuk sebuah motorsikal jenis LC135 milik mangsa.
Menurutnya, selepas kebakaran berjaya dipadamkan, mayat mangsa ditemukan berada di bahagian depan rumah dan mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
Katanya, punca kebakaran serta siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan oleh pihaknya.
Buruh binaan rentung cuba ambil kunci untuk alihkan motosikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.