7 maut, jet peribadi terbalik, terbakar semasa berlepas

7 maut, jet peribadi terbalik, terbakar semasa berlepas

7 maut, jet peribadi terbalik, terbakar semasa berlepas
Gambar menunjukkan jet Bombardier Challenger 600. – Getty Images

BANGOR, MAINE – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas jet peribadi dinaiki mereka terhempas ketika berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri Maine, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Jet jenis Bombardier Challenger 600 itu terhempas sekitar pukul 7.45 (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangor kelmarin.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, mangsa terselamat dalam nahas itu adalah kru penerbangan.

“Juruterbang dilaporkan bergelut dengan jarak penglihatan yang kabur di lapangan terbang sebelum pesawat terbalik dan terbakar,” kata FAA.

Insiden itu berlaku ketika ribut musim sejuk melanda sebahagian besar Amerika Syarikat (AS), meragut beberapa nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk terputus bekalan elektrik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


FAA menambah, jet membawa lapan penumpang itu terhempas dalam keadaan tidak diketahui semasa berlepas malam semalam.

Nahas itu berlaku di tengah-tengah ribut musim sejuk, dengan lebih 11,000 penerbangan dibatalkan dan hampir 5,500 lagi ditangguhkan di seluruh AS kelmarin, demikian menurut laman web penjejakan penerbangan FlightAware. – AGENSI

7 maut, jet peribadi terbalik, terbakar semasa berlepas

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker