3 penjenayah geng ‘Kapten Praba’ tiba di KLIA pagi ini
3 penjenayah geng ‘Kapten Praba’ tiba di KLIA pagi ini

KUALA LUMPUR: Tiga penjenayah dikehendaki yang ditahan di Mumbai, India, Ahad lalu, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekitar jam 7 pagi ini.
Ketiga-tiga mereka yang juga orang kanan geng ‘Kapten Praba’ diterbangkan dengan pesawat komersil diiringi kawalan ketat pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai, sekitar jam 1 pagi (waktu tempatan).
Sebaik tiba di KLIA, ketiga-tiga penjenayah akan dibawa terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, bagi tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang, bagi tindakan selanjutnya.
Setakat ini, BH difahamkan, ketiga-tiga penjenayah yang disenaraikan sebagai Orang Paling Dikehendaki dalam Notis Merah (Red Notice), Polis Antarabangsa (INTERPOL).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
Mereka akan diberikan kawalan ketat tahap tertinggi oleh PDRM memandangkan risiko dan ancaman yang mungkin wujud akibat daripada penahanan suspek.
Terdahulu, ketiga-tiga penjenayah berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh pasukan keselamatan di CSMIA, pada Ahad lalu, selepas bertindak ganas sebaik tiba di Mumbai.
Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchester, yang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu itu sebagai ‘penjenayah berprofil tinggi’, menolak kemasukan mereka.
Memandangkan mereka tiba melalui penerbangan dari Mumbai, protokol antarabangsa menetapkan penjenayah terbabit perlu dihantar semula ke lokasi berlepas terakhir.
Apabila penerbangan dari Manchester mendarat di Mumbai, ketiga-tiga lelaki itu menyedari mereka terperangkap, sekali gus bertindak ganas bagi mengelak ditahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Tindakan ‘nekad’ ketiga-tiga mereka menyerang anggota keselamatan di Mumbai disebabkan keadaan terdesak yang dihadapi, didorong tekanan hebat yang menanti mereka sekiranya ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa di Malaysia.
Mereka dikenal pasti sebagai individu utama yang menjadi sasaran ‘Ops Jack Sparrow’, operasi besar-besaran yang dilancarkan PDRM sebelum ini.
Dalam operasi yang dijalankan pada September tahun lalu itu, PDRM menahan 17 ahli kumpulan kongsi gelap di beberapa negeri.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata tangkapan itu dilakukan menerusi operasi bersepadu oleh JSJ Bukit Aman pada 11 September, membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.
Kumpulan itu dipercayai aktif sejak 2023 dan mempunyai seramai 33 ahli, dengan individu yang digelar ‘Kapten Praba’ dikenal pasti sebagai ketua kumpulan.
Semua suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan, termasuk pembunuhan, serangan menggunakan senjata berbahaya, samun berkumpulan serta kes khianat dengan api.
Siasatan awal mendapati tindakan terhadap kumpulan itu diambil susulan satu serangan di Taman Sentosa, Klang, awal tahun lalu, apabila seorang lelaki diserang sekumpulan individu bersenjata api dan parang.
Mereka juga dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah restoran di Brickfields, di sini, pertengahan tahun lalu, selain beberapa kes jenayah terancang lain.
Tiga penjenayah dikehendaki yang ditahan di Mumbai, India, Ahad lalu,
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
You must be logged in to post a comment.