Wanita maut nahas kereta dan lori
Wanita maut nahas kereta dan lori

BALING: Seorang wanita maut selepas Perodua Bezza yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan BKE, Batu 7, Tawar di sini, hari ini.
Siti Rositah Baharom, 56, dari Taman Sheikh Fadzir di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas pada jam 11.54 pagi dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi.
“Mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu kereta manakala pemandu lori tidak cedera.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Wanita maut nahas kereta dan lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.