UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa

UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa

UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa

PADANG BESAR, 26 Jan – Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais menegaskan komitmen berterusan UMNO dalam menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan pihak bertanggungjawab demi memastikan kebajikan masyarakat, khususnya penjawat awam di bawah KEMAS, sentiasa terbela.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tuntutan Kebajikan KEMAS Negeri Perlis (KESATERIA) yang berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan.

Ujarnya, majlis tersebut merupakan platform penting bagi menyantuni warga kerja KEMAS serta menyampaikan bantuan kebajikan kepada mereka yang layak.

“KESATERIA berperanan sebagai badan kebajikan serta suara rasmi yang memperjuangkan hak dan perlindungan pekerja di bawah KEMAS, selaras dengan peranannya yang bernaung di bawah CUEPACS.

“Gerak kerja KESATERIA membuktikan bahawa kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian, bukan sahaja dari sudut tugas dan tanggungjawab, malah dari aspek kesejahteraan hidup,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Beliau menekankan bahawa keutamaan adalah pendekatan bersama masyarakat dan menyantuni mereka yang memerlukan.

“Dalam hal ini, UMNO sentiasa mengambil pendekatan mendekati rakyat dan penjawat awam di peringkat akar umbi. Peranan UMNO bukan sekadar politik semata-mata, tetapi sebagai jambatan yang memudahkan urusan rakyat untuk berhubung dengan pihak kerajaan dan agensi berkaitan,” katanya.

Jelasnya, antara bentuk bantuan kebajikan yang telah disampaikan melalui KESATERIA dalam majlis tersebut termasuklah dermasiswa pendidikan, sumbangan persaraan, bantuan kepada waris atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia, bantuan menunaikan ibadah haji di Mekah, bantuan bencana, serta sokongan kewangan bagi rawatan di wad.

UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa

Ruzaini turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara semua pihak adalah penting bagi memastikan setiap isu kebajikan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan kepada pihak yang memerlukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


“Insya-Allah, KESATERIA akan terus berjuang menjaga hak dan kebajikan pekerja di bawah KEMAS, manakala UMNO akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dan penyambung suara rakyat kepada pihak bertanggungjawab,” tambah beliau.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penerima serta sesi ramah mesra, melambangkan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang terus menjadi tunjang perjuangan demi kebajikan rakyat. – UMNO Online

UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker