Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis
“Tolong Jangan Ganggu…”

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha.
Kongsi Umie Aida atau nama sebenarnya Datin Sri Umi Khalsum Rahmad Ali menerusi hantaran di Instagram, meceritakan sikap Puteri Balqis atau Aqish merupakan seorang anak yang sangat baik dan menghormati serta melindungi ibunya.
Malah, membesar dalam keadaan yang bukan mudah dan dalam kepahitan telah membentuk adab dan kekuatan Aqish pada hari ini.
“Aqish adalah anak yang baik dan sangat menghormati ibunya. Dari kecil, dia melihat sendiri susah payah dan luka hidup seorang ibu yang dia sayangi.
Sebab itulah dia membesar sebagai anak yang melindungi ibunya. Ibunya melalui kesakitan hidup yg dia pikul sendiri tanpa ada yg sudi memahaminya.”-kongsi Umie di Instagram
“Tolong Jangan Ganggu..”
Tambahnya lagi, pelakon dan penerbit ini dengan tegas meminta orang ramai untuk tidak mengganggu Aqish yang sedang bernafas dan mencari kebahagiaan selain menitipkan rasa syukur terhadap Aqish yang bakal mendirikan rumah tangga kelak.
“Dia seorang yang reserved, bukan sombong , cuma anak yang dibesarkan oleh pengalaman hidup yang keras, dan itu wajar difahami, bukan dinilai secara negatif. Alhamdulilah.. sekarang aqish dah ada keluarga baru & tunang. Tak sabor ibu nak makan nasi minyak aqish. 😁
Suatu ketika dulu mereka dipinggirkan, orang tak peduli soal makan, duit dan kehidupan mereka. Bukan kerana dia tidak mahu berkongsi, tetapi kerana tiada siapa benar-benar mahu mendengar.
Jadi bila hari ini mereka cuba bernafas dan mencari bahagia, please jangan ganggu. Ibu doakan aqish & keluarga sentiasa dalam lindungan & jagaan Allah. Dan diluaskan rezeki mu. Love you!! ❤️
Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.