Trio warisan JDT dijangka beraksi seawal Khamis ini

Trio warisan JDT dijangka beraksi seawal Khamis ini

Trio warisan JDT dijangka beraksi seawal Khamis ini
FIGUEIREDO (dua dari kanan) tonggak penting jentera serangan JDT sebelum ini. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Tiga pemain warisan negara, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dijangka akan turun beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) seawal Khamis ini dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC).

Mengikut maklumat terkini dinyatakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan tujuh pemain Harimau Malaya.

Ini bermakna, Figueiredo, Irazabal dan Hevel akan kembali membuat kemunculan selepas digantung lebih tiga bulan sebelum ini, sekali gus beraksi di halaman sendiri menentang Shan United dalam kejohanan ACC itu.

JDT yang berada di kedudukan kedua Kumpulan B sudah pasti menginginkan tiga mata penuh apabila berdepan pasukan tercorot kumpulan berkenaan dan harapan peminat untuk melihat mereka beraksi cukup tinggi.

Kehadiran tiga individu penting itu sudah pasti sangat diperlukan oleh Harimau Selatan bagi memburu kedudukan lebih baik dalam ACLE selepas pemain bintang mereka, Arif Aiman Hanapi terpaksa direhatkan ekoran kecederaan.

Justeru, khidmat mereka pasti ditagih pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz untuk membantu pasukan menghadapi dua perlawanan genting yang ibarat hidup dan mati dalam kempen ACLE musim ini.

Ketika ini JDT berada di posisi keenam liga dengan lapan mata selepas enam perlawanan namun kedudukan setiap pasukan begitu rapat.

Sekiranya mana-mana pasukan tercicir mata, ia akan menyukarkan peluang ke pusingan seterusnya.

Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain membabitkan Figueiredo, Irazabal, Hevel serta Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Trio warisan JDT dijangka beraksi seawal Khamis ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker