Terima kasih Man Utd, jom minum kopi Latte dan Cappuccino

Terima kasih Man Utd, jom minum kopi Latte dan Cappuccino

Terima kasih Man Utd, jom minum kopi Latte dan Cappuccino

Minggu ini ada dua patah perkataan nak cakap, terima kasih Manchester United!

Kenapa? Sebab kelab setempat dah bantu Manchester City untuk kembali mengejar Arsenal yang kini hanya dibezakan empat mata untuk dikejar.

Berdasarkan 15 baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), penulis optimis skuad The Citizens mampu memintas Arsenal yang turut mempunyai baki jumlah aksi yang sama.

Bak kata orang, apa-apa boleh terjadi.

Hari ini duduk atas, esok-esok boleh jatuh tersungkur.

Hakikatnya, kemenangan Man Utd benar-benar membuka ruang buat anak buah Pep Guardiola untuk mengejar The Gunners.

Malah, kedua-dua pasukan juga dijadual bertemu pada April nanti, dan kelebihan beraksi di Stadium Etihad perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Begitupun, penulis mengharapkan Guardiola segera memperkemaskan aksi pasukan khususnya dalam dua aksi mendatang selepas ini kerana lawan yang bakal ditemui memiliki reputasi besar.

Tottenham Hotspur dan juara bertahan, Liverpool adalah halangan berikutnya buat Man City.

Jika enam mata maksimum mampu diraih, ia bakal meletakkan pasukan di landasan terbaik sekali gus melonjakkan motivasi pemain di tahap tertinggi.

Apapun kemenangan The Red Devils cukup penting buat Man City.

Walaupun dua kelab berbeza, namun ia ibarat kemenangan bersama dalam usaha untuk menyekat Arsenal daripada melebarkan mata.

Marilah kita meraikannya bersama-sama seperti adik dan abang yang bergembira lepak minum kopi ‘latte spanish’ dan kopi ‘cappuccino’ sambil karaoke menyanyikan lagu P Ramlee berjudul “Barang Yang Lepas Jangan Dikenang”.

Minggu ini ada dua patah perkataan nak cakap, terima kasih Manchester United!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker