Sonko sifatkan insiden final Afcon menyakitkan
Sonko sifatkan insiden final Afcon menyakitkan

Rabat: Perdana Menteri Senegal, Ousmane Sonko, menyifatkan insiden yang tercetus ketika final Piala Negara-Negara Afrika antara Maghribi dan Senegal sebagai ‘tidak boleh diterima’ serta ‘menyakitkan’, menjelang kemungkinan tindakan disiplin oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) terhadap pasukan negaranya.
Kenyataan itu dibuat susulan tindakan pemain Senegal meninggalkan padang sebagai protes terhadap keputusan penalti menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR), sebelum kembali beraksi dan menewaskan tuan rumah 1-0 selepas masa tambahan.
Dalam insiden berasingan, sekumpulan penyokong Senegal bertembung dengan pihak keselamatan Maghribi ketika cuba memasuki padang sebagai bantahan terhadap keputusan penalti itu.
Seramai 18 penyokong Senegal ditahan dan bakal dibicarakan di Maghribi.
Bercakap pada pembukaan Suruhanjaya Bersama Maghribi–Senegal di Rabat, seminggu selepas perlawanan akhir, Sonko berkata, lawatannya berlangsung dalam suasana ‘dipenuhi emosi sukan, salah laku yang dikesali serta imej yang kadangkala menyakitkan bagi dua rakyat yang terikat erat antara satu sama lain’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
“Salah laku yang berlaku di sana sini tidak wajar dinafikan atau dibesar-besarkan,” katanya sambil menegaskan insiden berkenaan perlu difahami sebagai luahan emosi akibat keghairahan, bukan perpecahan politik atau budaya.
Kenyataan itu menjadi pengakuan pertama daripada pegawai kanan Senegal berhubung insiden final, ketika CAF masih meneliti laporan perlawanan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
Persekutuan Bola Sepak Maghribi memaklumkan pihaknya sedang mengusahakan tindakan undang-undang bersama CAF dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), manakala Presiden FIFA, Gianni Infantino, mengecam kelakuan pemain dan barisan kejurulatihan Senegal.
Presiden Senegal, Bassirou Diomaye Faye, turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negaranya di Dakar serta merakamkan penghargaan kepada Maghribi atas penganjuran kejohanan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Sementara itu, Perdana Menteri Maghribi, Aziz Akhannouch, menegaskan hubungan berabad lamanya dengan Senegal kekal kukuh, meskipun tidak mengucapkan tahniah secara rasmi atas kejayaan Senegal menjulang kejuaraan.
Raja Maghribi sebelum ini menyifatkan kejohanan itu sebagai kejayaan untuk Afrika dan menegaskan insiden yang mencemari perlawanan akhir tidak akan menjejaskan semangat persaudaraan benua itu.
Sonko sifatkan insiden final Afcon menyakitkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.