Saya lebih rela jadi petani daripada menteri – Ketua Polis Indonesia
Saya lebih rela jadi petani daripada menteri – Ketua Polis Indonesia

JAKARTA – Ketua Polis Negara Republik Indonesia, Jeneral (Polis) Listyo Sigit Prabowo berkata bahawa beliau terpilih untuk memegang jawatan Menteri Kepolisan tetapi mengaku lebih rela menjadi petani daripada menduduki portfolio tersebut, lapor agensi berita Antara.
Dalam mesyuarat bersama ketua-ketua polis wilayah di Jakarta hari ini , Listyo memberitahu, beliau ditawarkan oleh beberapa individu untuk menjadi Menteri Kepolisan.
“Bahkan ada beberapa orang yang menyampaikan kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp jika saya mahu menjawat jawatan sebagai Menteri Kepolisan,” katanya.Hal itu bersamaan dengan Polis Indonesia diletakkan di bawah kawalan kementerian.
Bagaimanapun, Sigit secara tegas menolak perkara tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Menurutnya, kedudukan polis di bawah Presiden Indonesia ketika ini merupakan posisi paling ideal.
“Kita (polis) berupaya menjadi alat negara yang betul-betul memberikan layanan kepada masyarakat untuk memulihara keamanan dan ketenteraman masyarakat,” ujarnya.
Justeru, beliau menolak tawaran menjadi Menteri Kepolisan.
“Jika saya yang menjadi Menteri Kepolisan, adalah lebih baik untuk saya menjadi petani saja,” tambahnya.
Jenderal polis empat bintang itu menolak pasukan polis Indonesia diletakkan di bawah kementerian dan bukan bertanggungjawab kepada Presiden. – AGENSI
Saya lebih rela jadi petani daripada menteri – Ketua Polis Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.