RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak

RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak

RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman  menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang dijadualkan sebelum ini di Parlimen.

Ujarnya, keputusan menarik balik dan memperhalusi RUU URA ini bukan satu strategi politik tapi ia simbol keprihatinan UMNO terhadap rakyat.

“Ini menunjukkan UMNO bukan hanya bercakap soal pembangunan, tetapi memastikan pembangunan itu adil, menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengorbankan hak kaum dan identiti bangsa.”

Menurutnya, ini adalah satu perkara jelas bahawa UMNO tidak akan berdiam diri apabila dasar yang dibangunkan berpotensi mengabaikan suara dan hak rakyat, khususnya masyarakat Melayu dan penduduk bandar yang menjadi tonggak ekonomi negara.

“RUU URA ini perlu diperbaiki dan diperhalusi secara menyeluruh sebelum dibentangkan semula dalam bentuk baharu bukan sekadar meneruskan seadanya tanpa mengambil kira kebimbangan golongan terjejas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


“UMNO jelas menolak sebarang pendekatan yang memaksa rakyat tunduk kepada undang-undang yang kurang telus, tidak cukup perlindungan bagi pemilik hartanah dan penduduk setempat, dan berpotensi membiarkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan.

“Lebih penting lagi, pendirian ini memperjelas bahawa UMNO tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak, termasuk desakan sesetengah parti politik yang cuba memaksakan naratif seolah-olah UMNO lemah atau takut,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah TPr Abdul Razak, UMNO telah membuktikan bahawa perjuangannya bukan berdasarkan suara kuat di Dewan Rakyat semata-mata tetapi berdasarkan suara rakyat di setiap ceruk masyarakat, bahawa UMNO sentiasa di sisi rakyat, khususnya Melayu dan golongan B40/M40 yang terkesan.

RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak

“UMNO menjunjung prinsip bahawa setiap dasar harus disemak secara saksama demi kepentingan rakyat… bukan untuk memenuhi kehendak politik semata. UMNO tetap teguh dan bertanggungjawab sebagai suara rakyat,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


Seterusnya kata beliau lagi, pendekatan ini bukan hanya melihat pada soal politik semata-mata tapi ini melibatkan soal maruah rakyat yang kerajaan harus melakukan dengan adil.

“UMNO berpendirian bahawa pembangunan negara harus adil dan bertamadun, bukan sekadar pembangunan tanpa jiwa dan tanpa perlindungan kepada yang paling terpinggir.

“Parti ini perlu berada di persada kerajaan kerana kita berani membuat keputusan yang tepat demi rakyat. UMNO bukan sekadar membuat konvensyen… UMNO adalah pejuang rakyat,” jelasnya.

Tegasnya, UMNO tidak akan pernah tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang cuba menggugat maruah bangsa, ini bukan sekadar pendirian tapi ini adalah janji kepada rakyat Malaysia. – UMNO Online

RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker