RM285,000 milik doktor lesap akibat `phone scam’
RM285,000 milik doktor lesap akibat `phone scam’

KUANTAN: Seorang doktor lelaki berusia 31 tahun kerugian RM285,000 selepas terpedaya dengan sindiket melalui panggilan telefon atau `phone scam’.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, mangsa yang bekerja di sebuah hospital di Pahang menerima panggilan telefon daripada beberapa individu pada 31 Disember lalu.
Katanya, individu terbabit menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.
“Suspek kemudiannya mendakwa mangsa terbabit dalam kes mengubah suai meter elektrik, pengubahan wang haram serta aktiviti penipuan digital.
“Bagi tujuan siasatan palsu itu, mangsa diarah untuk terus berhubung dengan suspek serta diminta melaporkan pergerakan harian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
“Mangsa kemudiannya diarah membuat pinjaman kewangan kononnya bagi tujuan siasatan bersama pihak bank,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata, mangsa membuat pinjaman daripada sebuah institusi kewangan sebelum diarah melakukan beberapa transaksi pemindahan wang kepada tujuh akaun bank membabitkan 12 transaksi.
Katanya, selain itu, mangsa diarah membeli 35 keping resit `Razer Gold Topup’ dan menyerahkan nombor pin kepada suspek.
“Akibat terpedaya, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM285,000 iaitu wang simpanan peribadi dan pinjaman bank.
“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas diminta menyerahkan sejumlah wang tambahan dan gagal menghubungi suspek. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Dalam kes itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak panik apabila menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mendakwa daripada agensi penguat kuasa atau institusi utiliti dan kewangan.
“Sebarang panggilan mencurigakan hendaklah disahkan terus dengan pihak polis atau agensi berkaitan dan dinasihatkan supaya membuat semakan nombor akaun di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.
“Mereka yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.
RM285,000 milik doktor lesap akibat `phone scam’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.