Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Buat tahun kedua berturut-turut, UMNO Bahagian Seputeh terus komited memperkukuh kefahaman ahli akar umbi apabila menganjurkan Program Kupasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 sebagai satu inisiatif strategik yang bertujuan menyampaikan serta mengupas secara mendalam input perbahasan dan penggulungan kepimpinan parti kepada peringkat cawangan.
Program berkenaan dianjurkan di bawah kepimpinan Ketua UMNO Bahagian Seputeh merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, sebagai langkah proaktif bagi memastikan setiap ahli memahami dasar, hala tuju serta perjuangan parti secara lebih menyeluruh, berfakta dan berpaksikan realiti semasa.
Menurut Mohd Razlan, penganjuran program tersebut bukan sekadar bersifat pengisian pasca perhimpunan, sebaliknya satu usaha berterusan untuk mendekatkan wacana kepimpinan tertinggi parti dengan denyut nadi akar umbi.
“Program ini penting supaya apa yang dibahaskan di PAU tidak terhenti di dewan perhimpunan sahaja, tetapi dibawa turun, difahami dan dihayati oleh ahli-ahli di peringkat cawangan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kefahaman yang jelas terhadap perbahasan dan penggulungan kepimpinan akan membantu ahli membuat penilaian yang matang serta memperkukuh keyakinan terhadap dasar dan keputusan parti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
“Kita mahu ahli UMNO Seputeh memahami perjuangan parti secara menyeluruh, bukan melalui persepsi atau potongan maklumat, tetapi berdasarkan fakta, hujah dan konteks sebenar,” jelas beliau.
Mohd Razlan memaklumkan bahawa UMNO Bahagian Seputeh turut menyatakan iltizam untuk terus melahirkan barisan pemimpin dan perwakilan yang berkualiti, berdisiplin serta berani berhujah demi kepentingan parti dan rakyat.
“Kita mahu perwakilan yang matang dalam pemikiran, konsisten membawa suara akar umbi dan mampu berhujah secara berfakta di peringkat tertinggi parti.”
Beliau turut menekankan bahawa kekuatan UMNO Seputeh terletak pada pendekatan menyeluruh yang diamalkan, bukan sekadar hadir sebagai perwakilan atau pemerhati dalam perhimpunan, tetapi memastikan setiap isu dan topik perbahasan difahami serta diterjemahkan ke peringkat bawah.

“Inilah kekuatan Seputeh. Kita tidak berhenti di atas, sebaliknya membawa perbahasan turun supaya ahli di peringkat akar umbi benar-benar memahami realiti semasa dan cabaran yang sedang dihadapi parti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
- PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
Pendekatan tersebut, menurut beliau, amat penting dalam memastikan ahli UMNO sentiasa bersedia menghadapi cabaran masa depan politik negara yang semakin kompleks dan mencabar.
“Apabila ahli faham situasi sebenar dan hala tuju parti, mereka akan lebih bersedia, relevan dan berdaya saing dalam mendepani perubahan serta tuntutan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.