Penunggang motosikal maut tercampak 10 meter

Penunggang motosikal maut tercampak 10 meter

Penunggang motosikal maut tercampak 10 meter
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Selandar-Nyalas, di Jasin. – Foto Polis Daerah Jasin

JASIN: Perjalanan seorang lelaki berakhir tragis apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum tercampak 10 meter dalam semak di Jalan Selandar-Nyalas, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.07 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, hasil siasatan awal mendapati setiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda C100B yang ditunggang mangsa dari arah Selandar menuju ke Nyalas dipercayai memasuki laluan bertentangan.

Penunggang motosikal maut tercampak 10 meter
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert. – Foto NSTP

“Ketika itu, sebuah kereta Honda City dipandu lelaki berusia 50 tahun datang dari arah bertentangan dan cuba mengelak ke kanan.

“Bagaimanapun pemandu kenderaan itu tidak sempat berbuat demikan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


Beliau berkata, impak pelanggaran tersebut menyebabkan motosikal terbabas ke bahu kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik dan sebatang pokok, mengakibatkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 10 meter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penunggang motosikal maut tercampak 10 meter

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker