Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong

JOHOR BAHRU: Pengurus dan operator sebuah kilang kelapa sawit ditahan semalam, susulan pencemaran di Sungai Sayong, Kampung Orang Asli Sayong Pinang dekat Kota Tinggi dua hari lalu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37(C) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Beliau berkata, penahanan dilakukan hasil perluasan radius siasatan dan penjejakan di sepanjang alur sungai yang sekali gus berjaya mengesan punca pencemaran disyaki daripada kilang yang beroperasi di kawasan Layang-Layang, Kluang itu.
“Penahanan ini bagi membolehkan siasatan rapi dilengkapkan sebelum pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah. JAS Johor menegaskan tiada kompromi terhadap jenayah alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan teknikal di premis menemui bukti pelanggaran serius apabila terdapat kegagalan pada sistem pengolahan efluen premis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Pemeriksaan mendapati struktur furrow (saluran efluen) dalam kawasan premis telah pecah, menyebabkan efluen mentah terlepas keluar dan mengalir terus ke punca air, seterusnya mengakibatkan pencemaran sungai yang menjejaskan penduduk setempat.
Susulan itu, Mohd Famey berkata JAS mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap premis terbabit dan menggantung lesen sehingga kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan sepenuhnya.
“Langkah ini bertujuan menghentikan serta merta operasi kelengkapan yang menyebabkan pencemaran tersebut dan memastikan pematuhan sepenuhnya oleh pihak premis,” katanya.
Beliau memberi peringatan kepada pihak industri agar sentiasa memastikan sistem pengolahan efluen berfungsi dengan baik dan mematuhi sepenuhnya peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Beliau berkata kecuaian dalam menguruskan sisa buangan industri bukan sahaja merosakkan ekosistem sungai, malah menjejaskan kualiti hidup masyarakat setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Orang ramai diminta melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau menerusi email ke [email protected] dan portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti Hahasrin Hashim dilaporkan berkata JAS dan Jabatan Perikanan sedang menyiasat insiden sungai berkenaan yang bertukar gelap kehitaman, selepas menerima aduan penduduk berhubung kesannya terhadap alam sekitar dan sumber perikanan setempat.
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.