Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut
‘Segala Bulan Islam Diratibnya’
Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat, tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti hanya perlu umum konsert, dan tiba-tiba seluruh timeline macam berkobar-kobar. MURAI yang duduk di sudut timeline hanya mampu menggeleng kecil… “Eh, benda kecil pun jadi besar bila nama Siti yang sebut.”
“Kalau Siti buat konsert, semua benda nak dikaitkan…”
Segalanya bermula apabila seorang peminat meluahkan rasa yang sudah lama terpendam dalam Threads. Nada dia bukan marah, tapi lebih kepada… penat melihat double standard.
“Ye lau Siti wat concert je, segala bulan Islam diratibnya. Lau orang lain kemain membisu masing2, tegur pun pilih2,” tulis peminat itu.

Katanya, setiap kali Siti buat konsert, pasti ada suara-suara yang mula mengulas isu bulan Islam, sensitiviti, teguran pendakwah bebas, macam-macam. Tetapi bila artis lain buat konsert waktu sama? Sunyi sepi.
Siti Balas Dengan Paling Ikonik: “Saya redho”
Namun yang paling mencuri hati peminat bukanlah luahan itu, tetapi cara Siti membalasnya.
Tanpa sebarang rasa defensif, tanpa sindiran, tanpa emosi…
“Saya redho.”
Ringkas. Padat. Tenang.
Aura seorang legenda.
MURAI terus terhenti sekejap bila baca “Alahai lembutnya… macam kena sejukkan hati sendiri pun boleh.”
Dan seperti dijangka, ramai memuji sikap Siti yang kekal classy walaupun dihentam kiri kanan.
“Siti 2026 ni lain macam, makin chill,” kata seorang peminat.
“Sebab tu orang hormat dia,” tambah yang lain.

Siti: “Kalau orang bercakap, maknanya mereka peduli”
Dalam laporan Berita Harian, Siti menjelaskan bahawa dia melihat kritikan sebagai tanda perhatian.
“Bila orang bercakap tentang konsert saya… itu bermakna mereka peduli.”
MURAI yang biasa mendengar cerita artis melatah, tak dapat nafikan, jawapan Siti ni memang tahap tenang yang mahal.
Dengan 30 tahun pengalaman dan 21 album studio, beliau memilih untuk tidak melayan komen-komen yang sekadar mahu mencetus provokasi.
Katanya lagi, industri seni ini kecil. Hari ini bercakap, esok jumpa balik. Maka tak perlu membuka ruang permusuhan.
Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.